![]()
KEM AKADEMIK SCORE A TINGKATAN 5 SMK BADIN TUARAN
Tarikh: 23 – 25 Mei 2025
Lokasi: Kasih Sayang Hill Resort






Seramai 61 orang pelajar Tingkatan 5 SMK Badin Tuaran telah terpilih untuk menyertai Kem Akademik Score A, satu inisiatif cemerlang anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling (UBK) SMK Badin Tuaran.
Program ini bertujuan untuk:
Meningkatkan tahap kesiapsiagaan akademik pelajar menghadapi SPM.
Mendedahkan pelajar kepada teknik menjawab soalan secara efektif.
Menyuntik semangat, motivasi dan keyakinan diri untuk terus berusaha mencapai keputusan cemerlang.
Sepanjang 3 hari perkhemahan, para peserta telah didedahkan dengan pelbagai slot akademik, bengkel teknik menjawab, ceramah motivasi serta aktiviti pembentukan sahsiah yang dirancang secara holistik dan penuh impak oleh guru-guru yang pakar dalam subjek masing-masing.
Harapan Sekolah:
Agar semua peserta menjadikan pengalaman ini sebagai pemangkin kejayaan mereka dalam SPM 2025. Semoga program ini menyemai tekad dan disiplin untuk terus berusaha tanpa jemu demi masa depan yang gemilang.
BADIN HEBAT! BADIN FLY HIGH! ![]()