Majlis “Hi-Tea B to B” SMK Badin 2025

Pada 15 Mei 2025 (Rabu), SMK Badin telah mengadakan sebuah majlis ramah mesra bertemakan “Hi-Tea B to B” SMK Badin yang telah berlangsung dengan meriah di Sky Cafe PPKI & Bilik Transformasi, SMK Badin bermula jam 2.00 hingga 4.00 petang.

Majlis ini merupakan satu inisiatif untuk merapatkan hubungan silaturahim antara pihak sekolah dan pemimpin komuniti, khususnya dalam usaha membina jaringan kerjasama dan sokongan terhadap pembangunan sahsiah serta pendidikan murid-murid SMK Badin.

Turut dijemput dalam majlis ini ialah wakil daripada pelbagai agensi termasuk pihak Majlis Daerah Tuaran, Balai Bomba dan Penyelamat Tuaran, Jabatan Kerja Raya Tuaran, Pejabat Kesihatan Tuaran, IPD Tuaran, Sabah Society for the Blind Tuaran, KK Berungis, KK Simpang Berungis, KK Raganan dan Kk Pensurun sebagai tanda penghargaan atas sokongan padu yang telah diberikan selama ini.

Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kehadiran semua jemputan yang sudi meluangkan masa demi menyemarakkan lagi majlis ini.

Semoga jalinan kerjasama erat ini akan terus terjalin demi kebaikan dan kecemerlangan anak-anak murid SMK Badin. 💫

Badin Hebat! Badin Fly High!

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *