Mesyuarat Pemerkasaan Digital SMK Badin Bersama Khaiz Empire


Mesyuarat penting telah pun berlangsung pada hari ini antara pihak pengurusan SMK Badin dan Khaiz Empire bagi membincangkan pelan jangka panjang transformasi digital sekolah ke arah era yang lebih moden dan berdaya saing.

Antara intipati utama mesyuarat ini meliputi:

1. Pembikinan Portal Web Rasmi Sekolah

Perbincangan dimulakan dengan cadangan pembangunan laman web rasmi SMK Badin yang akan menjadi pusat rujukan utama warga sekolah, ibu bapa dan masyarakat. Portal ini bakal memuatkan informasi terkini, pengumuman rasmi, direktori guru, galeri aktiviti serta ruang integrasi dengan sistem e-Pembelajaran.

2. Pengurusan dan Penjenamaan Media Sosial Sekolah.

Khaiz Empire turut mencadangkan strategi pembangunan identiti digital SMK Badin melalui media sosial seperti Facebook, Instagram dan YouTube. Tujuannya adalah untuk mengetengahkan pencapaian pelajar, program sekolah, serta membina hubungan yang lebih dekat dengan komuniti luar secara aktif dan konsisten.

3. Pendigitalan Menyeluruh: Kursus Video, Podcast & Latihan Konten Digital

Sebagai langkah menyeluruh ke arah sekolah digital, Khaiz akan menyediakan latihan intensif dalam bidang penghasilan video, rakaman podcast, fotografi dan pengurusan kandungan digital. Ini membuka peluang kepada guru dan pelajar untuk menguasai kemahiran industri kreatif yang relevan masa kini.

Pihak SMK Badin dan Khaiz Empire berhasrat agar kerjasama ini menjadi batu loncatan kepada SMK Badin untuk tampil sebagai sekolah perintis dalam pendigitalan pendidikan di Sabah. Diharapkan semua warga sekolah dapat menyambut baik inisiatif ini dan melibatkan diri secara aktif demi masa depan pendidikan yang lebih cemerlang.

Semoga segala usaha ini bermanfaat buat semua warga sekolah dan komuniti sejajar ke arah era pendigitalan maklumat yang hanya berada di hujung jari sahaja.

Badin Hebat! Badin Fly High!

#SMKBadin#DigitalSchool#WebSekolah#MediaSosialSekolah#PodcastPelajar#KhaizUntukSekolah#EduTechSabah#PendigitalanPendidikan#KhaizEmpire

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *