Sejarah

Sekolah Menengah Kebangsaan Badin atau nama ringkasnya SMK Badin, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Peti Surat 149.
Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Badin memiliki 855 pelajar lelaki dan 968 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1823 orang. Ia mempunyai seramai 121 orang guru.200
Nama sekolah ini diambil sempena nama seorang tokoh yang bernama Orang Kaya Kaya Badin. Tokoh ini dikatakan telah banyak berjasa kepada penduduk sekitar Tuaran.
Asasnya Sekolah Menengah Kebangsaan Badin, Tuaran telah wujud semenjak tahun 1967. Namun pada masa tersebut sekolah ini dikenali sebagai Government Junior Secondary School, Tuaran. Sekolah ini beroperasi dan menumpang di bangunan sekolah Rendah Pekan Tuaran. Pada waktu itu sekolah ini hanya mempunyai pelajar seramai 47 orang manakala tenaga pengajarnya seramai 9 orang. Menurut catatan sejarah, pengetua pertama sekolah ini ialah En. Prancis Airon. Menjelang tahun 1973 selaras dengan pertambahan bilangan pelajar maka bangunan Sekolah Kebangsaan Chen Sin yang berhadapan dengan Sekolah Rendah Kebangsaan Pekan Tuaran terpaksa dipinjamkan bagi menenpatkan pelajar tingkatan satu dan kelas peralihan.
Pada tahun 1974 tapak bangunan tetap Sekolah Menengah Badin siap dibina, atas keperihatian pihak kerajaan terhadap kepentingan pelajar kaum bumiputera. Perbelanjaan pembinaan bangunan S.M.K. Badin telah menelan belanja sebanyak RM1.5juta. Blok-blok bangunan yang telah siap dibina adalah 2 buah bangunan Asrama, (blok bangunan lelaki dan perempuan), bangunan Sri Malinja, bangunan Sri Andalas dan bangunan yang menempatkan koperasi dan kantin sekolah.
Pada awal pembukaan sekolah ini, bilangan pelajar telah bertambah melebihi seribu orang. Daripada jumlah tersebut sebanyak 90% terdiri dari kaum bumiputera. Manakala tenaga pengajarnya adalah seramai 40 orang. Tingkatan-tingkatan yang ditawarkan di sekolah ini adalah tingkatan satu hingga tngkatan lima.
Tahun demi tahun bangunan telah bertambah bagi menampung sejumlah pelajar yang kian meningkat. Maka pada tahun 1985, dua buah bangunan telah dibina iaitu Sri Wangi dan Bangunan Kilat. Walau bagaimanapun, bangunan Sri Wangi hanya dapat berfungsi sepenuhnya pada tahun 1987. Pada masa tersebut, sekolah ini telah mula mengadakan dua sesi persekolahan. Sesi persekolahan pagi adalah terdiri daripada tingkatan 3, 4, dan tingkatan 5. Manakala sesi petang pula melibatkan pelajar tingkatan 1 dan 2. Bilanagan tenaga mengajar adalah seramai 60 orang.
Pada tahun 1997, satu lagi perubahan yang dilakukan di sekolah ini ialah kelas tingkatan 6 telah dibuka, dan menyebabkan kelas tungkatan 3 telah dipindahkan ke sesi petang. Ini bermakna kelas sesi pagi terdiri daripada tingkatan 4, 5, 6 bawah dan 6 atas. Manakala sidang petang terdiri daripada tingkatan 1, 2 dan 3.
Terdapt banyak perubahan yang berlaku pada tahun 2003 sehingga tahun 2006. Yang pertama ialah pembinaan Anjung Gemilang, makmal komputer, ruang legar dan surau. Bangunan Kilat pula telah dirobohkan. Di S.M.K. Badin terdapat 33 buah taman. Antaranya ialah taman Orkid, taman 3k, taman Patriotik, taman Kasih Resos, taman Sains dan taman Minda LK.
Sehingga kini sekolah ini mempunyai lebih kurang 2050 pelajar dan 110 orang tenaga pengajar.